JAWATAN PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U17 KEKOSONGAN : 1

 

1. JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM :    RM 974.88 - RM 2,541.06
   
2. KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 95.00
   
3. KELAYAKAN:
  (a) Penilaian Menengah Rendah/ Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  (b) Tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan; DAN
  (c) Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
   
4. SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN:
  Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Pejabat dan Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
  (a) Mempunyai kelayakan di perenggan 2 di atas; DAN
  (b) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
   
5. DESKRIPSI TUGAS :
  Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pengawalan dan pencegahan di dalam program kebersihan alam sekeliling, kebersihan dan keselamatan makanan serta kawalan penyakit berjangkit yang berkaitan dengan tugasnya dengan menggunakan kaedah/ pendekatan kesihatan primer (Control and Prevention – Primary Health Care Approach).